Sabtu, 24 Mac 2012

LELAKI DULU DAN KINI

 

Dulu.. 

 Bila disebut lelaki 

 Wanitanya mendongak megah

 Lelaki kami Asadullah, Saifullah

 Tokoh ramai tak terkira

 Kini.. Bila disebut lelaki 

 Wanitanya menunduk lemah 

Tokoh kami sedikit sekali Ramainya,

 boneka Yahudi Dulu.. 

 Bila disebut lelaki

 Wanitanya tenang di hati 

Lelaki kami menjaga, melindungi 

 Kini.. Bila disebut lelaki 

 Wanitanya mahu cabut lari 

Lelaki khianat, 

perogol bersiri Dulu.. 

 Bila seorang wanita teraniaya

 Sepasukan kuda putih 

membela Al Mu’tasim kebanggaan wanita 

 Kini.. Ribuan wanita suci terpenjara

 Fatimah diperkosa minta dibela

 Lelaki tunduk tak bertenaga 

 Dulu.. Bila wanita di bawah jagaannya

 Lelaki memagari sehabis daya

 Tiada siapa berani menggoda 

 Kini.. Bila wanita dibawah jagaannya 

 Lelaki tak kisah auratnya terbuka 

 Wanitanya dibiar bebas, 

binasa Dulu.. 

 Lelaki menggadai harta dan nyawa

 Untuk mengangkat kemuliaan agama 

 Kini..

 Lelaki menggadai ketinggian agama

 Demi nafsu, dunia dan seisinya

 Dulu.. Lelaki bermatian mencipta sejarah

 Kental berjihad, tekun berdakwah 

 Kini.. Lelaki hanya menyanjungi sejarah

 Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

 Dulu.. Lelaki memperjuangkan deen dan ummah Al Farouq,

 Zunurain mati terbunuh

 Kini.. Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya

 Hingga sanggup membunuh 

 Dulu.. Lelaki bersatu menghadapi musuh 

 Angkatannya kuat dan teguh 

 Kini.. Lelaki berpuak dan berpecah

 Sesama sendiri saling bertelingkah

 Kembalilah lelakiku.. 

 Kembalilah pada kelelakianmu

 Kami rindukan lelaki yang dulu

 Lelaki Acuan Madrasah Rasul



x

Tiada ulasan:

Catat Ulasan