Sabtu, 24 Mac 2012

KASIH ANAK TERHADAP IBU ??

Diceritakan seorang perempuan dijatuhi hukuman mati kelaparan oleh seorang raja. Dia pun dipenjarakan supaya mati dalam keadaan lapar. Pengawal penjara telah memberi kebenaran kepada seorang anak perempuan untuk melawat ibunya. Walaubagaimanapun,anak perempuannya itu dilarang membawa bersamanya sebarang makanan. Setelah pengawal penjara mendapati bahawa banduannya masih hidup beberapa hari dan tidak mati kelaparan,lantas terus diperhatikan gerak-geri anak perempuannya ketika melawat ibunya lalu anak perempuan banduan itu sedang menyusukan ibunya. Perkara tersebut telah diberitahu kepada raja. Raja merasa kagum dengan anak perempuan itu yang mempunyai rasa kasih sayang yang begitu mendalam kepada ibunya. Dengan sebab itu,raja telah mengampunkan ibu tersebut kerana memuliakan anaknya. Bagaimana pula kasih kita terhadap ibu kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan